Needle Plate & Feed Dog Mesin Jahit Industri: Jenis dan Kegunaannya

Mesin jahit industri kini tidak lagi hanya digunakan di kilang-kilang dan semakin mendapat tempat dalam kalangan mereka yang mengambil tempahan jahit dari rumah. Mesin jahit industri menjadi pilihan tukang jahit professional bukan hanya kerana ia mampu menjahit dengan laju dalam tempoh masa yang lama. Ianya juga dicipta supaya boleh diubahsuai dengan parts dan accessories seperti needle plate dan feed dog untuk jenis material atau kemasan yang tertentu. Ini tidak boleh dilakukan pada mesin jahit domestik yang didatangkan dengan needle plate dan feed dog yang standard. Jika anda tidak familiar dengan terma-terma ini, mungkin anda boleh tengok post ini dulu tentang Anatomi Asas Mesin Jahit.

Needle plate adalah piring yang terletak di antara feed dog dan presser foot. Needle plate dan feed dog mesin jahit industri perlu dibeli secara berpasangan sama ada jenis 3 row atau 4 row mengikut jenis jahitan dan fabrik yang digunakan.

Needle plate dan feed dog 3 row

Feed dog jenis ini lebih sesuai untuk menjahit lengkungan kerana boleh menarik fabrik dengan lancar walaupun pada lengkungan yang tajam. Walaubagaimanapun ia tidak boleh mencengkam fabrik dengan kuat kerana ketiadaan gigi pada hadapan jarum. Ini akan mengurangkan keberkesanannya untuk memegang dan menggerakkan bahagian fabrik yang tebal berlapis-lapis, mengakibatkan jahitan rapat tidak sekata atau bergumpal.

NEEDLE PLATE DAN FEED DOG 4 ROW

 

Feed dog jenis ini mempunyai gigi yang penuh pada bahagian hadapan yang meningkatkan kecekapan menarik dan menjahit fabrik yang tebal berlapis-lapis pada permulaan jahitan. Ianya sesuai untuk jahitan lurus sahaja dan tidak boleh menjahit lengkungan tajam dengan baik dan lancar.

KONFIGURASI FEED DOG

Selain jumlah barisan feed dog, gigi feed dog itu sendiri terdapat dalam beberapa variasi dan mempengaruhi hasil jahitan. Namun untuk mesin jahit lurus industri biasa anda perlu tahu 3 jenis feed dog pitch ini:

1. FINE PITCH FEED DOG
E-18 Needle Plate with fine pitch feed dog

 

Fine pitch (for light-weight material) : 1.15 mm

Feed dog ini mempunyai gigi yang lebih halus (contoh: 22 gigi setiap 1 inci). Ianya sesuai untuk fabrik jenis light-weight seperti sutera, chiffon, organza, saree dan sebagainya. Lubang jarumnya juga lebih kecil sesuai untuk jarum saiz 8 hingga 12. Rujuk post ini untuk Panduan Saiz Jarum Mesin. Jika anda menggunakan feed dog ini dengan fabrik heavy weight ia tidak dapat memegang fabrik dengan kuat dan tidak mampu menarik dan menggerakkan fabrik dengan efisyen.

2. MEDIUM/STANDARD PITCH FEED DOG
B-22 needle plate with standard pitch feed dog

 

Standard pitch (medium-weight materials) : 1.50 mm

Ini adalah feed dog standard yang datang bersama mesin jahit anda. Feed dog ini seperti jarum universal yang sesuai untuk kebanyakan jenis fabrik yang biasa. Lubang jarumnya sesuai untuk jarum saiz 8 sehingga saiz 16.

3. COARSE PITCH FEED DOG
B-26 needle plate with coarse pitch feed dog

 

Coarse pitch (for heavy-weight materials) : 1.80 mm

Feed dog ini mempunyai gigi yang lebih kasar (Contoh: 14 gigi setiap 1 inci). Ianya sesuai untuk fabrik jenis heavy-weight dan keras seperti heavy denim, heavy canvas, fabrik upholstery dan sebagainya. Lubang jarumnya juga lebih besar, sesuai untuk jarum saiz 18 dan 20. Jika feed dog ini digunakan dengan material light-weight, jahitannya mungkin akan berkedut bahkan boleh merosakkan fabrik.

 

*Saiz pitch yang dimaksudkan adalah jarak di antara puncak gigi feed dog. Ianya diukur seperti rajah di bawah

 

TEFLON COATED NEEDLE PLATE AND FEED DOG

Jika anda menjahit fabrik yang sangat tricky dan sukar dijahit dengan needle plate dan feed dog yang biasa walaupun anda sudah menggunakan tapak teflon, mungkin ini boleh menyelesaikan masalah anda. Ini adalah set needle plate dan feed dog yang khas untuk fabrik synthethic seperti nylon, neoprene, arcylic, Gore-Tex®, Darlexx®, bahkan juga leather. Ianya mempunyai salutan teflon yang membolehkan fabrik synthetic dijahit dengan lancar.

 

Sumber: JUKI Magazine

Anda belajar sesuatu yang baru daripada artikel ini? Apa kata anda kongsikan kepada rakan-rakan menjahit anda yang lain.

You might also like

More Similar Posts