Tutorial: Gathered Drawstring

Kadang-kadang kita sengaja buat baju anak 1 size bigger kononnya boleh pakai lama. Sekali bila dah siap, labuh sangatlah pulak 😂 kenalah simpan dulu tunggu sampai anak besar sikit..tak kan nak potong pulak kan?😅 Jangan risau. Anda boleh tambah gathered drawstring pada baju atau seluar untuk adjust labuh tanpa perlu potong baju atau seluar tu. Macam mana caranya? Bawah ini kami kongsikan video tutorial ringkas cara untuk menambah gathered drawstring pada pakai yang sudah siap. Anda boleh guna cara ini untuk alter baju atau seluar yang terlalu labuh tanpa perlu memotongnya. Cara alteration ini sesuai digunakan pada pakaian kanak-kanak sebab mereka ni kan cepat sahaja membesar. Boleh la pakai baju/seluar tu lama sikit. Anda boleh juga menambah feature ini pada pola pakaian yang anda ada untuk nampak lebih menarik. Jangan lupa tambah labuh pada pola terlebih dahulu.  
You might also like
Tags: Fashion, style, video tutorial

More Similar Posts