Sewing gauge ruler atau seam guide ruler adalah alat jahitan pelbagai fungsi yang semua tukang jahit patut ada. Dalam post kali ini kami nak kongsikan bagaimana anda boleh gunakan sewing gauge ini dalam pelbagai cara. Jika anda belum ada lagi sewing gauge ni anda boleh dapatkan dari online shop kami. Klik saja pada gambar di bawah:
TANDAKAN BASI JAHITAN (SEAM ALLOWANCE & HEM ALLOWANCE)
Fungsi utama sewing gauge adalah untuk menanda atau menyemak basi jahitan (seam allowance atau hem allowance). Sewing gauge ruler mempunyai penanda yang boleh digerakkan sepanjang pembaris sebagai penanda ukuran yang mudah dilihat.
SEAM & HEM GUIDE PADA MESIN JAHIT
Lebih mudah jika anda mempunyai sewing gauge lebih daripada satu kerana anda boleh gunakan salah satunya untuk trick ini. Letakkan sewing gauge pada mesin jahit atau mesin coverstitch, selarikan hujung pembaris dengan jarum dan lekatkan pada mesin dengan salotape untuk jadikannya sebagai seam guide atau hem guide. Jika menggunakan kain yang tebal, lapikkan bawah sewing gauge dengan kad atau kertas yang dilipat-lipat sebelum ditampal pada mesin supaya lebih tinggi. Contoh seperti gambar dibawah, selepas tandakan hem allowance pada kain, lipat pada garisan yang di tanda dan samakan dengan sewing gauge yang dah ditampal pada mesin.
TANDAKAN PLEATS
Kerja menanda lipatan pleats dengan ukuran yang sama berulang-ulang juga menjadi lebih mudah dengan menggunakan sewing gauge ruler.
TANDAKAN KEDUDUKAN BUTANG DAN LUBANG BUTANG
Sewing gauge ruler boleh digunakan untuk memudahkan menanda kedudukan butang dan lubang butang.
LUKIS BULATAN
Hujung sewing gauge ruler kebiasaanya mempunyai lubang yang boleh digunakan sebagai compasses untuk melukis bulatan.
Jika anda ada tips dan tricks lain menggunakan sewing gauge ruler, apa kata anda kongsikan dengan kami di Facebook Page Ulat Kain atau Facebook Group Geng Ulat Kain. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat kepada orang lain, apa kata kongsikan kepada rakan-rakan Facebook anda.