Jenis-jenis Benang Jahitan

Terdapat pelbagai jenis benang jahitan dalam pasaram yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan sintetik untuk tujuan dan kegunaan yang tertentu. Berikut adalah antara jenis-jenis benang jahitan yang ada:

1. Spun Polyester
Ini adalah jenis benang yang paling banyak di pasaran, kerana ianya kuat, sesuai untuk pelbagai jenis fabrik dan ekonomi. Ia diperbuat daripada 100% polyester yang dipintal (2 cord atau 3 cord). Ia juga dikenali sebagai all purpose thread.

2. Polyester Yarn
Diperbuat daripada 100% polyester yang tidak dipintal. Juga dipanggil benang gebu atau benang jahit tepi. Selalunya digunakan sebagai benang looper pada mesin overlock.

3. Benang Cotton
Diperbuat daripada 100% cotton. Matte Finish dan lembut. Sesuai digunakan untuk fabrik 100% cotton atau project quilting.

4. Benang Sutera
Diperbuat daripada 100% sutera. Berkilat dan lebih elastik dari benang cotton. Sesuai digunakan untuk menjahit kain sutera, lubang butang, sulaman dan fesyen couture.

5. Benang bonded nylon
Diperbuat daripada 100% nylon dengan protective coating. Sangat kuat, tahan panas dan tahan lasak. Sesuai digunakan untuk menjahit beg, wallet, dan kasut daripada leather, canvas dan vinyl.

6. Benang Woolly Nylon
Diperbuat daripada 100% nylon yang tidak dipintal. Hampir sama seperti polyester yarn tapi mempunyai ketahanan yang lebih tinggi. Sesuai digunakan untuk fabrik yang memeri khususnya untuk menjahit pakaian renang dan pakaian sukan.

7. Benang Metallic
Diperbuat daripada core nylon yang dibalut dengan jalur logam atau polyester. Digunakan untuk hiasan, sulaman, atau tenunan seperti songket.

8. Benang Tangsi
Benang tangsi adalah benang monofilament yang diperbuat daripada nylon. Juga dikenali sebagai invisible/transparent thread. Digunakan untuk menjahit manik, atau untuk menghasilkan jahitan yang tersembunyi. Boleh juga digunakan jika anda tidak jumpa benang yang match dengan warna kain. Biasanya terdapat dalam 2 variasi warna untuk fabrik berwarna cerah dan berwarna gelap.

9. Benang Getah
Getah elastik yang halus. Digunakan untuk menghasilkan effect shirring pada pakaian. Effect shirring dihasilkan dengan jahitan lurus tapi benang getah diisi pada sekoci manakala benang polyester digunakan untuk benang atas.

10. Benang Rayon
Diperbuat daripada 100% Rayon atau viscose. Lebih dikenali sebagai benang sulam. Ianya halus dan berkilat, menghasilkan sulaman yang cantik.

11. Variegated Thread / Benang Rainbow
Benang polyester yang diwarnakan dengan pelbagai warna berselang seli pada keseluruhan benang. Digunakan untuk jahitan mesin overlock atau top coverstitch, menghasilkan hiasan yang menarik dan istimewa.

You might also like

More Similar Posts