Mesin jahit domestik yang terdapat di pasaran hari ini menggunakan satu sistem jarum (705/130 atau HAX1) tetapi ia terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis. Memilih jarum yang betul adalah penting untuk mencapai hasil jahitan yang cantik dan kemas. Jarum Mesin terdapat dalam ukuran antara 8-20 dalam unit imperial atau 60-120 dalam unit metric. Semakin rendah bilangannya, jarumnya semakin halus.