Neckband dan neck binding adalah 2 jenis kemasan leher yang biasa digunakan apabila menjahit dengan kain knit. Perbezaan yang paling ketara antara kedua-duanya ialah neckband akan menambah ketinggian kepada lubang leher manakala neck binding pula hanya membungkus keliling lubang leher tanpa menambah ketinggian lubang leher.
Teknik neckband sesuai digunakan untuk semua jenis T-shirt, biasanya menggunakan kain knit rib. Neck binding pula selalunya digunakan pada pakaian wanita seperti dress dan blouse. Anda boleh gunakan kain yang sama dengan baju ataupun kain rib yang lembut. Teknik binding ini juga bukan hanya terhad kepada kemasan lubang leher, malah digunakan sebagai kemasan kepada pelbagai jenis pakaian, barangan bayi dan kraftangan.
Walaupun teknik binding kain knit pada pakaian ready made di pasaran dihasilkan menggunakan mesin coverstitch dengan alat binding attachment, sebenarnya anda boleh menghasilkan kemasan leher yang kelihatan sama dengan hanya menggunakan mesin jahit biasa.
Penting❗Oleh kerana jahitan lurus biasa tidak boleh stretch seperti jahitan coverstitch, anda perlu pastikan lubang leher cukup besar untuk memasukkan kepala jika tiada butang. Gunakan mata jahitan yang lebih panjang (2.75 – 3.0) dan longgarkan sedikit tension benang supaya benang tidak mudah putus apabila kain meregang ketika menyarungkan kepala.
Lihat video tutorial ini.
Post Views: 2,417