Penggunaan rivets adalah sangat luas. Anda boleh jumpa rivets digunakan pada seluar jeans anda, handbag, kasut, purse, barangan rumah, bahkan pada badan kapal terbang. Apabila anda menggunakan rivets dalam projek jahitan dan kraf anda, serta merta hasilnya akan kelihatan seperti sangat profesional dan komersil. Rivets bukan sekadar hiasan. Fungsinya adalah untuk memegang dan mencantumkan lapisan fabrik yang berlapis-lapis, tebal dan yang mustahil untuk dijahit dengan mesin jahit. Dalam projek jahitan dan kraf, rivets seringkali digunakan untuk mencantumkan strap atau strap buckle pada beg dan untuk mengukuhkan bucu pada poket.
Komponen Rivets
Rivets terdiri daripada 2 komponen iaitu post dan cap. Kedua-dua komponen ini terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk. Perkara paling penting dalam memilih rivets yang sesuai untuk projek anda adalah untuk memastikan post anda cukup panjang untuk menembusi kesemua lapisan fabrik. Kemudian anda perlu pastikan anda mempunyai alat yang betul untuk memasang rivets. Namun terdapat juga rivets yang berbentuk seperti skru yang boleh dipasang dengan hanya menggunakan pemutar skru. Rivets jenis ini lebih dikenali sebagai studs.
Alat Pemasangan Rivets
Untuk memasangan rivets anda memerlukan alat penebuk lubang untuk membuat lubang pada fabrik. Anda boleh menggunakan alat khas seperti pliers yang sering digunakan untuk menebuk lubang pada barangan kulit. Anda juga boleh menggunakan tailor awl atau stilletto. Terdapat juga alat penebuk lubang yang perlu digunakan bersama penukul seperti menggunakan pahat. Untuk memasang rivet anda perlu memasukkan post melalui lubang tadi, letakkan pada acuan, tutup hujung post dengan cap, dan ketuk menggunakan alat khas dan penukul getah seperti menggunakan pahat. Rivets juga boleh dipasang menggunakan heavy duty handpress dan mould yang bersesuaian.