Jenis-jenis Cangkuk Kain

Selain butang dan snaps, cangkuk juga sering kali digunakan dalam pembuatan pakaian seperti pada seluar, baju dan skirt. Sama seperti butang, cangkuk digunakan untuk memudahkan pakaian dipakai dan dibuka terutamanya untuk pakaian yang menggunakan kain jenis woven (tidak memeri) atau tidak menggunakan getah pinggang. Berikut adalah beberapa jenis cangkuk untuk pakaian yang terdapat dalam pasaran.

Cangkuk dan Palang (Jahit)

Cangkuk dan palang jenis ini terdiri daripada 2 bahagian. Ia seringkali digunakan pada kain baju kurung dan biasanya digunakan bersama zip. Cangkuk dan palang jenis ini perlu dipasang dengan jahitan tangan. Cangkuk jenis ini mudah digunakan dan mudah diganti jika tercabut dari jahitan.

Cangkuk dan Palang (Tekan)

Cangkuk jenis ini terdiri daripada 4 bahagian, cangkuk dan palang yang dipasang bersama pasangannya. Ia biasanya digunakan pada seluar slack, dan seluar baju melayu. Cangkuk jenis ini perlu dipasang pada valkrum dalam ben pinggang sebelum ianya dijahit kepada badan kain atau seluar. Oleh itu, agak sukar untuk menggantikan cangkuk jenis ini jika tercabut kerana anda perlu membuka semula jahitan ben pinggang.

Cangkuk dan Mata

Cangkuk jenis ini terdiri daripada 2 bahagian. Saiznya lebih kecil daripada cangkuk yang lain. Biasanya digunakan pada bra, kot, atau pada bukaan leher baju. Ianya dipasang dengan jahitan tangan atau jahitan mesin. Untuk pembuatan bra dan croset anda juga boleh membeli cangkuk yang sudah siap dijahit pada tape khas. Terdapat juga cangkuk yang direka untuk tujuan dekoratif.

You might also like
Tags: , ,

More Similar Posts

Menu