4 Tips Setup Ruang Menjahit yang Ergonomik dan Sihat

Jika anda kerap menjahit, lebih-lebih lagi jika anda bekerja sebagai tukang jahit yang mengambil tempahan dari kedai mahupun rumah, bilik atau ruang menjahit anda perlulah di design dengan betul kerana ini akan mempengaruhi kesihatan anda. Posisi dan postur badan yang tidak betul ketika anda memotong kain, duduk menjahit, dan menyeterika dalam tempoh yang panjang akan menyumbang kepada keletihan, sakit otot, sakit sendi dan masalah kepada tulang belakang yang serius dan kronik. Sama seperti anda memastikan ukuran yang tepat untuk menghasilkan sehelai baju, begitu jugalah anda perlu memastikan ketinggian yang sesuai untuk meja memotong kain, meja menjahit, kerusi dan iron board anda.

1. Memilih kerusi yang betul

Memilih kerusi yang baik adalah perkara yang paling penting. But there is no one chair that fits all bodies. Iya lah, badan kita semua kan lain-lain. Ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang kecik ada yang besar. Saiz badan dan personal preference yang akan menentukan sama ada kerusi tersebut sesuai untuk anda. Kebanyakkan kerusi pejabat dalam pasaran sesuai digunakan kerana kerusi jenis ini mempunyai design yang ergonomik. Pastikan ia mencapai standard yang ditetapkan untuk kegunaan pejabat (e.g. Standard EN 1335 and ANSI/BIFMA x5.1.). Sebelum membeli sebarang kerusi pastikan anda cuba duduk dahulu dan uji keselesaannya. Berikut adalah ciri-ciri kerusi yang elok:

Pneumatic seat lift: Kerusi jenis ini membolehkan anda untuk mengubah ketinggian kerusi yang bersesuaian dengan panjang kaki anda.

Tempat duduk padded: Sakit punggung kalau duduk atas kerusi yang keras lama-lama. Darah pun tak lancar. Carilah yang ada span, lagi tebal, lagi elok.

Waterfall seat: Istilah ini digunakan untuk kerusi yang curve ke bawah pada bahagian depan (belakang lutut). Kerusi berbentuk ini tidak menyekat aliran darah pada bahagian belakang lutut anda. Elakkan juga kerusi yang terlalu dalam ke belakang sehingga mencecah belakang lutut anda.

Lumbar support: kerusi yang elok adalah kerusi yang mempunyai lumbar curve support yang adjustable ketinggiannya supaya padan dengan ketinggian curve tulang belakang anda.

IKEA Flintan Office Chair
2. POSISI DUDUK YANG BETUL

Walaupun anda sudah mempunyai kerusi yang baik, perkara yang paling utama, postur badan anda sendiri perlu betul. Anda perlu duduk dengan punggung ke belakang sehingga bahagian belakang anda mencecah penyandar kerusi. Jangan duduk separuh kerusi atau di hujung-hujung kerusi sahaja. Cara duduk yang tidak betul akan mengakibatkan banyak masalah kesihatan yang berpunca daripada aliran darah yang tidak lancar pada kaki sehingga bahagian belakang, leher, bahu dan tangan. Lutut anda perlu rendah sedikit daripada aras punggung. Tapak kaki anda haruslah mencecah lantai.

3. MEJA MEMOTONG KAIN DAN IRONING BOARD

Cuba anda berdiri dan membengkokkan siku pada sudut 90 darjah, rendahkan sedikit lengan dalam posisi yang anda selesa. Ini adalah ketinggan yang sepatutnya untuk meja memotong kain dan ironing board anda. Ketinggian meja memotong kain perlu sedikit rendah dari aras siku supaya siku anda tidak berlaga dengan meja, dan ia perlu lebih tinggi daripada aras pinggang anda supaya anda tidak perlu membongkok dengan kerap kerana ini akan membebankan dan mencederakan pinggang dan tulang belakang anda. Ketinggian kitchen worktop (90cm) adalah contoh ketinggian yang sesuai untuk kerja-kerja memotong kain dan menyeterika. Meja makan pula kebiasaanya terlalu rendah (70-75cm). Elakkan memotong kain di atas lantai sama sekali. Jika anda tukang jahit sepenuh masa, anda wajib dapatkan atau tempah meja dengan ketinggian yang sesuai demi kesihatan tulang belakang anda kerana anda akan menghabiskan masa berjam-jam dalam sehari memotong kain.

Contoh ketinggian meja memotong yang betul

 

4. SEWING SURFACE & SEWING TABLE

Sewing surface (needle area) dan sewing table adalah 2 perkara yang berbeza jika anda menggunakan mesin jahit portable atau mesin jahit selain daripada mesin jahit lurus industri, kerana ketinggian permukaan needle plate adalah lebih tinggi daripada permukaan meja. Oleh itu anda perlu dapatkan ketinggian sewing surface yang sesuai terlebih dahulu, kemudian barulah anda boleh tentukan ketinggian meja yang sesuai.

Untuk menentukan ketinggian sewing surface yang betul, lengan anda perlu lurus selari dengan pergelangan tangan ketika anda menjahit. Sewing surface yang terlalu tinggi atau terlalu rendah akan menyebabkan anda perlu membengkokkan pergelangan tangan. Posisi ini akan mengakibatkan kecederaan seperti carpal tunnel syndrome. Tilt table juga boleh digunakan untuk membantu mendapatkan posture pergelangan tangan yang betul ketika menjahit.

Contoh meja adjustable. Mesin jahit direndahkan supaya ketinggian sewing area sama dengan meja

 

Jika anda sering mengadu sakit badan, lenguh kaki, lenguh bahu setiap kali anda menjahit, kemungkinan besar posisi dan postur badan anda tidak betul. Check semula 4 point yang kami sebutkan di atas dan perbaikinya. Pasti anda dapat rasa perubahannya nanti.

You might also like
Tags: , ,

More Similar Posts

Menu