Cuba perhatikan dua baju ni dengan teliti. Anda boleh bezakan tak yang mana satu baju perempuan, yang mana satu baju lelaki?
Butang pada pakaian wanita berada di sebelah kiri pemakai, manakala butang pada pakaian lelaki pula berada di sebelah kanan pemakai. So kalau next time anda pergi shopping, confuse baju tu baju lelaki ke baju perempuan, check kedudukan butang. Kalau anda nak jahit butang pun pastikan kedudukan butang betul ikut jantina ya.
Kenapa macam tu❓
Sejarahnya berbalik kepada era victoria. Butang pada pakaian lelaki berada di sebelah kanan kerana lelaki biasanya memakai pakaian mereka sendiri dan majoriti manusia adalah right-handed.
Tetapi pada zaman itu, wanita yang mampu mempunyai pakaian cantik dengan butang yang fancy adalah dari kalangan bangsawan dan mereka mempunyai orang gaji yang akan bantu memakaikan pakaian mereka. Oleh kerana majoriti manusia adalah right-handed, orang-orang gaji ini lebih suka jika butang berada di sebelah kanan mereka iaitu di sebelah kiri pakaian.
Now you know😎