Jahitan Kia

Jika anda tiada mesin jahit, jahitan kia adalah jahitan tangan yang sesuai digunakan untuk menggantikan jahitan mesin. Jahitan kia ini adalah kukuh dan rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin pada bahagian atas. Oleh sebab itu, jahitan kia juga digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan tangan. 

Jahitan kia dihasilkan bermula seperti jahitan jelujur kemudian jarum dibawa semula ke jahitan pertama dan dijahit ke depan semula. Sebab itu dalam bahasa Inggeris nya ia dipanggil backstitch. Lihat video di bawah untuk cara menghasilkan jahitan kia.

You might also like

More Similar Posts

Menu