Jahitan jelujur adalah jahitan tangan sementara yang paling mudah dan mempunyai banyak kegunaannya. Antaranya:
– Menetapkan kedudukan kelepet, poket dan kelim sebelum dijahit dengan jahitan kekal.
– Menghasilkan kedut (gather)
– Menetapkan kedudukan kain lining atau lace ketika memotong kain
Jahitan jelujur atau dalam bahasa inggeris nya dipanggil running stitch atau basting stitch terdapat dalam pelbagai variasi seperti jelujur halus, jelujur kasar, jelujur tidak sama dan jelujur panjang pendek. Jahitan jelujur ini senang ditanggalkan dan kebiasaannya dijahit dengan benang yang berwarna kontra supaya mudah dilihat apabila hendak ditanggalkan. Tonton video di bawah untuk cara menghasilkan jahitan jelujur.
Post Views: 4,441