Mini Project: Scrunchie

Hello! Getah rambut adalah antara benda yang kerap hilang selain pin tudung kan? Apa kata anda buat sendiri scrunchie dari kain-kain remnant atau kain knit peram kesayangan anda tu. Jom kami kongsikan tutorial mudah menjahit scrunchie untuk anda. Apa yang anda perlukan?
  1. kain knit berukuran 3.5″ x 22″
  2. 9″ getah bersaiz 1/4″
Step 1 Simpulkan hujung getah seperti ini: Step 2: Lipatkan kedua-dua hujung kain ke bahagian dalam dan selitkan getah di tengah-tengah sepert di bawah. Jahit sepanjang bahagian tepi kain ini. Pastikan anda tidak terjahit getah sekali ya. Step 3 Terbalikkan kain melalui bukaan supaya bahagian luar kain berada di luar. Selitkan hujung yang terbuka ke dalam hujung yang lagi satu dan jahitkan. Siap! Jom tonton video ni untuk tutorial step by step yang lagi jelas: Selamat mencuba!  
You might also like

More Similar Posts

Menu