MINI PROJECT: Hannah Headband

Hello!

Hari ni kami nak kongsikan tutorial Baby Knot Headband yang mudah untuk anda cuba menjahitnya di rumah. Pola untuk tutorial ini anda boleh dapatkan dan muat turun di sini 

Berikut adalah bahan dan alat yang anda perlukan:

1. Kain knit sekurang-kurangnya berukuran 8″ x 26″(bidang) untuk style wide headband dan 6″ x 26″(bidang) untuk style narrow headband

2. Kapur/pen penanda

3. Jarum peniti atau wonderclips, mana-mana yang anda suka

4. Jarum jahit tangan dan benang

5. Gunting kain

Step 1:

Lipatkan kain pada ira melintang. 

Pilih style headband yang anda mahukan dan lukiskan segi empat Part A mengikut ukuran seperti jadual yang disertakan dalam pola. Tekap dan lukis hujung headband pada kain. Anda perlu 2 keping untuk bahagian ini. Anda juga boleh menggunakan kertas untuk part A seperti gambar di bawah.

Step 2

Guntingkan kain dan anda akan dapat 2 keping seperti ini.

Step 3

Bahagian luar bertemu bahagian luar, samakan dan pinkan dengan jarum peniti

Step 4

Tandakan 1″ seperti gambar di bawah untuk bukaan

Step 5

Jahit keliling dengan basi 1/4″  atau 1 tapak. Tinggalkan bukaan 1″ yang ditanda tadi. Matikan jahitan di awal dan di akhir jahitan.

Ini adalah hasil yang siap dijahit keliling.

Step 6

Terbalikan headband melalui bukaan 1″ tadi. Sediakan jarum jahit tangan dan benang untuk jahit dan tutup bukaan tadi.

Step 7

Jahit sembat susup seperti ini.

Siap! Mudah kan? Kini anda hanya perlu ikat headband ini dan boleh terus dipakai. 

Eh, nanti dulu! Ikat jangan sebarang ikat. Kalau nak ikatan knot yang cantik seperti gambar di bawah, jom tonton video tutorial di akhir post ini. Selamat mencuba!

You might also like

More Similar Posts

Menu