Anatomi Zip

Zip terdapat dalam pelbagai jenis, saiz, warna dan bermacam-macam variasi untuk fungsi dan kegunaan yang tertentu. Secara umumnya zip boleh dikategorikan kepada 2 jenis yang utama berdasarkan cara ianya digunakan iaitu closed-end zipper (zip biasa) dan open-end zipper (zip jaket). Walaupun anda mungkin sudah biasa menjahit zip pada pakaian, tapi tahukah anda struktur anatomi bagi sebuah zip? Rajah di bawah adalah struktur zip biasa dan zip jaket.

Zip terdiri daripada 2 komponen utama iaitu tape dan slider (kepala zip). Slider zip terdapat dalam beberapa jenis mekanisma untuk kegunaan yang tertentu seperti dalam jadual di bawah.

 

You might also like