Adakah anda sedang survey untuk beli mesin jahit atau baru mahu mula belajar menjahit? Mesti anda keliru nak pilih mesin jahit yang macam mana kan? Jom kita kenal dengan jenis-jenis mesin jahit dulu, barulah senang nak buat keputusan.
Secara amnya mesin jahit di pasaran terbahagi kepada 2 jenis utama iaitu jenis industri dan jenis domestik atau juga dipanggil jenis portable. Daripada 2 jenis ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis lagi berdasarkan jenis sistem yang digunakan dan jenis jahitan yang boleh dihasilkan. Rujuk Rajah dibawah untuk gambaran yang lebih jelas:

Mesin jahit domestik adalah jenis yang paling sesuai untuk digunakan di rumah. Namun dengan perkembangan teknologi, sesetengah jenis mesin jahit industri seperti mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi (overlock/serger) juga semakin mendapat tempat di hati pengguna yang menjadikan menjahit sebagai sumber pendapatan utama dengan mengambil tempahan menjahit di rumah.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli mesin jahit industri, anda perlu tahu pros & cons berikut:
PROS :
- Jahitan yang lebih laju
- Boleh digunakan dalam jangka masa yang lama tanpa rehat
- Motor lebih besar, mampu menjahit semua jenis kain
- Jangka hayat yang sangat panjang (30 – 40 tahun masih dapat berfungsi dengan baik)
CONS:
- Harga lebih mahal berbanding portable
- Memerlukan ruang yang besar
- Berat
- Mampu menjahit satu jenis jahitan sahaja
Pastikan anda terus mengikuti blog kami kerana kami akan kupaskan tentang setiap jenis mesin jahit ini dengan lebih lanjut di masa akan datang.