Jarum Jahit Tangan: Jenis dan Kegunaannya

Jarum jahit tangan dalam pasaran biasanya dijual dalam pek bulat yang merangkumi pelbagai jenis dan saiz jarum untuk kegunaan harian. Walaupun nampak serupa, sebenarnya setiap jarum jahit tangan mempunyai nama dan fungsi yang tertentu. Namun anda tidak perlu keliru dengan namanya kerana apa yang lebih penting adalah jarum itu selesa di tangan anda.

Sebagai contoh:

1. Perbezaan antara jarum sharp dan jarum embroidery hanyalah saiz lubang jarum. Jika anda mempunyai masalah untuk memasukkan benang pada lubang jarum, anda boleh gunakan jarum embroidery yang lubangnya lebih besar.

2. Jarum Quilting/Betweens saiz 7 dan jarum sharp saiz 7 mempunyai saiz lubang jarum dan ketebalan jarum yang sama, namun berbeza dari segi panjang jarum. Jadi pilihlah panjang jarum yang anda lebih selesa dan sesuai dengan projek menjahit anda.

You might also like

More Similar Posts