Tips Jahit Kain Knit Dengan Mesin Jahit Portable Biasa

Saya ada mesin jahit portable biasa je, boleh ke jahit kain knit ni?

Soalan ni memang selalu sangat kami terima. Jawapan nya: BOLEH!

Jika tiada mesin jahit tepi 4 benang (overlocker/serger), anda masih boleh jahit kain knit menggunakan mesin jahit portable biasa. Yang penting, anda kena tahu caranya. Dalam post kali ini kami nak kongsikan cara dan tips menjahit knit menggunakan mesin jahit portable biasa.

JARUM

Kebanyakan masalah yang dihadapi ketika menjahit kain knit ialah jahitan melompat (skip). Perkara ini biasanya terjadi kerana jarum yang digunakan adalah tidak sesuai untuk kain knit. Walaupun jarum universal dalam saiz 11 atau 12 masih boleh digunakan, seelok-eloknya anda gunakan jarum jenis Ballpoint Needle, Jersey, atau Stretch kerana jarum jenis ini memang direka khas untuk kain knit. Untuk lebih detail, anda boleh rujuk posting kami tentang: Panduan Jenis Jarum Mesin Jahit dan Panduan Saiz Jarum

TAPAK TEFLON DAN TAPAK KNITTING

Selain daripada jarum, tapak mesin juga perlulah ditukar kepada tapak teflon atau tapak knitting supaya jahitan lebih lancar. Tapak Teflon adalah tapak yang khas untuk menjahit kain knit, vinyl, kulit, fabrik sintetik atau material yang mungkin akan melekat, meluncur atau tergelincir jika dijahit dengan tapak jahit biasa. Tapak knitting pula adalah alternatif kepada walking foot, ia mempunyai getah plastik berwarna biru pada bahagian bawahnya yang memegang kain ketika dijahit supaya kain tidak meregang. Kedua-dua jenis tapak ini ada dijual di online shop kami. Klik pada gambar di bawah untuk link ke online shop.

SETTING JAHITAN

Untuk menjahit kain knit, anda tidak boleh menggunakan setting jahit lurus yang biasa kerana jahitan lurus biasa adalah jahitan mati yang juga dipanggil lockstitch. Jahitan ini tidak boleh memeri bersama kain. Jika diregangkan, benang akan putus dan sia-sialah hasil penat lelah anda menjahit. Oleh itu, anda perlu gunakan setting jahitan yang dikhaskan untuk kain knit iaitu stretch stitches yang ada pada mesin jahit anda. Untuk mengenalpasti stretch stitches pada mesin jahit anda, sila rujuk buku manual atau perhatikan pada tombol corak jahitan. Ianya biasanya ditanda dengan simbol “S.S” atau “S1” . Sebagai contoh, gambar berikut adalah jenis jahitan yang boleh dihasilkan dengan mesin jahit Singer Heavy Duty 4423 yang kami gunakan.

Antara 6 stretch stiches ini, jahitan no. 1, 3, dan 4 adalah favourite kami. Terpulang kepada anda untuk gunakan jenis jahitan yang mana satu asalkan ianya dalam kategori stretch stitches seperti yang dinyatakan dalam buku manual atau seperti yang dilabelkan pada tombol setting mesin jahit anda. Berikut adalah contoh penggunaan stretch stitches ini:

Stretch Stitch #1: Jahitan ini juga dikenali sebagai triple straight stitch. Jahitan ini sangat kukuh dan biasanya digunakan pada crotch seam seluar atau cantuman lengan pada badan. Ia juga sesuai digunakan untuk mencantum hujung neckband supaya basi boleh dibuka untuk mengurangkan ketebalan pada jahitan apabila dilipat.

 

Stretch Stitch #3: Strong Overlocking Stitch ini seakan-akan jahitan overlock mesin jahit tepi. Ini adalah setting jahitan favourite kami untuk menggantikan jahitan construction mesin jahit tepi 4 benang kerana jahitan lurus nya kukuh seperti triple straight stitch dan mempunyai jahitan kemasan di tepi kain. lebar jahitan seperti setting di bawah adalah 1/4″. Jika pola yang anda gunakan mempunyai basi yang lebih besar dari 1/4″, pastikan anda ukur kedudukan jarum dengan tepat. Anda boleh trim lebihan basi kain atau dibiarkan sahaja.

 

Contoh jahitan strong overlocking stitch dengan basi 3/8″. Lebihan kain boleh di trim atau dibiarkan sahaja

 

Stretch Stitch #4: Jahitan ini dikenali sebagai Honeycomb Stitch. Ini adalah setting favourite kami untuk kemasan hem menggantikan jahitan mesin coverstitch kerana corak jahitannya yang cantik dan boleh juga dijadikan sebagai jahitan hiasan.

Contoh penggunaan honeycomb stitch pada kemasan hem

 

Zigzag Stitch: Jika mesin jahit anda tiada fungsi stretch stitches, jangan risau. Anda masih boleh gunakan setting jahitan zigzag kerana semua mesin jahit portable mempunyai fungsi ini. Kami suka gunakan setting zigzag ini untuk topstitching pada neckband leher T-shirt.

Contoh penggunaan jahitan zigzag untuk topstitching
TWIN NEEDLE

Untuk mendapatkan kemasan hem atau topstitching pada kain knit yang kelihatan seakan-akan jahitan mesin coverstitch, anda boleh gunakan stretch twin needle. Anda boleh rujuk posting kami: Tutorial Jahit Hem Pada Kain Knit Dengan Twin Needle.

KETEGANGAN BENANG

Secara amnya anda perlukan ketegangan benang yang lebih rendah untuk menjahit kain knit berbanding kain woven. Ketegangan benang ini anda perlu adjust setiap kali sebelum menjahit kerana ianya mungkin berbeza bergantung kepada ketebalan kain knit yang anda gunakan. Bagaimana untuk kenalpasti sama ada ketegangan benang anda okay atau tidak?

1. Tidak berlaku tunneling, iaitu kain seperti tercubit pada jahitan stretch stitch yang lebar atau jahitan zigzag.

2. Kain boleh stretch dengan baik tanpa benang putus.

3. Benang tidak kelihatan obvious pada sebelah luar kain.

4. Jika jahitan jadi wavy walaupun anda tidak tarik kain ketika menjahit, kemungkinan ketegangan benang terlalu ketat.

SEWING FOOT PRESSURE

Jangan tarik kain semasa menjahit kain knit kecuali jika terdapat dalam arahan pola jahitan seperti menjahit neckband, cuff dan waistband. Jahitan yang sedikit wavy masih lagi normal dan boleh di atasi dengan iron dan steam. Namun jika anda sudah apply semua tips di atas dan jahitan anda masih terlalu wavy, anda boleh cuba kurangkan sewing foot pressure mesin jahit anda. Rujuk buku manual mesin jahit anda bagaimana cara untuk adjust sewing foot pressure ini.

PRACTICE MAKES PERFECT

Tips yang terakhir: practice, practice dan practice lagi sehingga anda mahir. Tidak mengapa jika percubaan pertama anda gagal. Cuba lagi sehingga anda berjaya menghasilkan pakaian dari kain knit dengan jahitan yang kemas dan cantik. Bila anda dah mahir pasti anda akan jadi seronok untuk jahit lebih banyak kain knit. Hati-hati kerana pasti anda akan addicted dengan kain knit haha! Jika anda ada tips lain untuk jahit kain knit, jom kongsikan di Facebook Page Ulat Kain atau Facebook Group Geng Ulat Kain. Jika anda suka posting ini, apa kata anda kongsikan dengan rakan-rakan Facebook anda. Sebagai penutup, kami kongsikan gambar T-shirt yang kami hasilkan menggunakan 100% mesin jahit portable biasa. Selamat Mencuba!

 

100% dijahit dengan mesin jahit portable biasa

 

Bahgian dalam baju

 

Neckband dicantum dengan jahitan stretch stitch overlocking dan ditindih dengan jahitan zigzag
You might also like
Tags: ,

More Similar Posts