Terdapat 2 faktor yang mempengaruhi tahap stretch kain knit, sama ada terdapat spandex (juga dipanggil lycra) dalam komponennya atau cara teknikal pembuatan kain knit itu sendiri (mechanical stretch). Selain itu kain knit juga terdapat dalam 2 jenis stretch iaitu 2-way stretch dan 4-way stretch. 4-way stretch bermakna kain boleh memeri dalam 4 arah, kiri-kanan dan atas-bawah. 2 -way stretch pula bermakna kain hanya memeri dalam 2 arah, kebiasaannya memeri ke arah selvedge (kepala kain). Tahap stretch kain knit diukur dalam unit peratusan. Contohnya jika kain tersebut mempunyai 50% stretch, ini bermakna 1″ kain boleh memeri sehingga 1.5″ (+50% daripada panjang asal). Kebiasaanya dalam arahan pola jahitan kain knit ada dinyatakan berapakah kadar stretch percentage kain yang diperlukan. Pastikan anda menggunakan kain dengan kadar stretch percentage yang betul. Jika kain yang anda gunakan tidak mencapai kadar stretch percentage minimum yang diperlukan, mungkin pakaian yang anda buat jadi tidak muat atau tidak selesa dipakai.
Cara untuk mengukur stretch percentage kain knit sangat mudah menggunakan carta seperti di bawah. Anda boleh download carta ini di sini >>>>STRETCH PERCENTAGE CHART dan print dengan setting actual size atau 100% zoom dan simpan berdekatan rak kain peram anda ðŸ¤.
Untuk menguji kadar stretch percentage kain, ambil cebisan kan dan acukan pada skala. Pegang kain pada tanda 1″ dan 4″ kemudian regangkan kain dan lihat aras stretch percentage seperti gambar contoh di bawah: