Jenis-jenis Zip

Pemilihan jenis zip bergantung kepada penggunaannya. Memilih zip yang betul untuk projek jahitan anda adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kualiti, rupa, dan ketahanannya. Zip boleh dikategorikan kepada 3 jenis yang utama berdasarkan pada elements zip (teeth) iaitu:

  • Coil
  • Metal
  • Plastik

Berikut adalah jenis-jenis zip dengan penjelasan karekteristik dan penggunaannya:

1. Coil Zipper

Coil zipper adalah jenis zip yang paling mudah didapati dalam pasaran. Element pada coil zipper adalah dalam bentuk spiral yang diperbuat daripada plastik sama ada polyester ataupun nylon.

1.2 Racquet Coil Zipper

Racquet Coil Zipper adalah pecahan kepada jenis zip coil zipper. Pada zahirnya ia kelihatan sama seperti coil zipper. Tapi rekaan kejuruteraanya adalah khas untuk kegunaan beg luggage dan backpack kerana ia mempunyai ketahanan yang tinggi dan kukuh.

1.3 Zip Sorok (Conceal / Invisible Zipper)

Zip sorok juga merupakan pecahan daripada kategori coil zipper. Elements pada zip sorok tidak kelihatan daripada bahagian luar dan tidak mengganggu design pakaian, menjadikannya sesuai untuk dress, skirt dan sebagainya. Ia terdapat dalam pelbagai variasi warna. Pilih warna tape zip yang paling hampir dengan warna fabrik anda supaya zip boleh disorok dengan sebaik-baiknya.

2. Metal Zipper 

Metal zipper adalah zip yang paling terawal dicipta. Elements pada metal zipper diperbuat daripada besi seperti tembaga, aluminium dan nikel.

2.1 Jeans/Trouser Zipper

Jean / Trouser zipper adalah zip yang dibuat khas untuk seluar. Zip ini lebih kuat dan mempunyai elements yang lebih tebal daripada zip metal standard yang diperbuat daripada tembaga atau nickel. Tape pula diaperbuat daripada polyester atau cotton polyester. Zip ini tahan dibasuh berulang kali.

3. Plastic Zipper

Plastic Zipper mempunyai elements yang diperbuat daripada plastik seperti polyacetal resin yang di inject pada tape. Ianya lebih ringan daripada metal zipper dalam saiz yang sama. Plastic zipper terdapat dalam pelbagai variasi warna dan sesuai digunakan sebagai perincian pada projek jahitan anda dan menjadikannya lebih menarik.

You might also like
Tags:

More Similar Posts

Menu