5 Sebab Anda Kena Belajar Jahit Kain Knit

Adakah anda klik link artikel ni sebab anda takut nak mula belajar jahit kain yang memeri seperti kain knit? Kami tahu sesetengah orang takut nak jahit kain knit sebab dengar banyak cerita-cerita “menakutkan” pasal jahit kain knit. Benang tak nak lekat lah..Benang asyik putus lah..jahitan tak cantik lah..neckband tak jadi lah..Mesti pernah dengar kan? Tahu tak apa cerita yang paling seram? Sekali dah terjebak dengan kain knits, terus dah taknak jahit kain lain pastu mula lah penyakit hobi kumpul dan peram kain knit banyak-banyak haha!

Well, anda tak perlu takut pun. Kisah-kisah jahit kain knit tak jadi tu sebab mereka tak tahu cara yang betul untuk jahit kain knit. Tak tahu boleh belajar. Dalam blog kami ini macam-macam tips anda boleh jumpa. InsyaAllah kami akan kongsikan lebih banyak tips dan tutorial pada masa akan datang. But for now, kami nak kongsikan 5 sebab kenapa anda kena belajar jahit kain knit.

5 SEBAB ANDA KENA BELAJAR JAHIT KAIN KNIT

1. Jahit kain knit jauh lagi mudah dari kain woven

Kenapa kami cakap macam tu? Sebab bila jahit kain woven ni akan ada banyak isu pasal fitting. Kalau measurements tak betul sikit, terus baju tu tak boleh nak pakai, masuk tong sampah. Tapi masalah ni jarang berlaku dengan kain knit sebab kain knit boleh stretch. Kalau kecik sikit pun no hal. Masih boleh pakai.

2. Kain knit lebih mudah dijahit

Ye betul! Why? Sebab most of the times bila jahit kain knit ni anda tak perlu dart, tak perlu butang, tak perlu zip pun. Hujung kain pun tak akan terburai, tak perlu jahit tepi macam kain woven. Kalau rasa-rasa malas nak jahit hem pun tak apa, anda boleh biar je.

3. Baju-baju knit sangat selesa dan tak lapuk dek zaman

Tshirt, baju tidur, jogger pants, sweater hoddie, seluar dalam. Hari-hari anda pakai baju/seluar kain knit kan. Ianya sangat versatile tak kira apa pun trend fesyen semasa, kain knit akan tetap “in”. Kain woven macam viscose, silk, kain lace yang cantik-cantik buat baju raya tu bukannya anda pakai hari-hari pun kan?

4. Banyak pilihan jenis kain knit

Nak tebal buat sweater? Ada kain terry, double knits. Nak berat dan drapey? Ada Rayon lycra, Bamboo rayon. Nak yang selesa pakai hari-hari? Ada cotton lycra, cotton knits. Eh macam-macam lah! Yang corak stripe ada, yang corak cartoon ada, corak bunga-bunga ada, plain pun ada. Tinggal nak pilih je.

5. Jahit dengan mesin jahit portable biasa pun boleh

Yes, that’s right! Tak perlu mesin jahit fancy-fancy, mahal-mahal pun. Kalau anda ada mesin jahit yang boleh jahit straight dan zigzag, dah memadai untuk jahit kain knit. Asalkan anda ada tapak teflon, ballpoint needle atau stretch needle, settle!

Nampak mudah kan? Memang mudah pun! So, anda tak perlu takut untuk mula belajar menjahit kain knit. Kat internet pun ada banyak pola tshirt yang free untuk anda mula cuba menjahit tshirt anda sendiri. Kat mana nak dapatkan kain knit? Of course lah di www.ulatkain.com !

You might also like
Tags: belajar menjahit, kain knit

More Similar Posts