Alatan Menjahit Perlu Ada Untuk Beginner (Edisi Kain Knit)

Teringin nak belajar menjahit kain knit tapi tak tahu apa alatan yang anda kena ada?Sini kami senaraikan untuk anda.

1. Mesin jahit – Tak perlu mahal-mahal. Asalkan boleh jahit lurus dan zigzag pun sudah memadai.

2. Gunting Kain – Seeloknya jenis yang memang khas untuk kain dengan bent handle. Ini akan memudahkan anda memotong kain atas permukaan yang rata.

3. Benang Jahit – Untuk permulaan beli warna yang basic dahulu seperti hitam, putih, kelabu, cream. Sediakan dalam kuantiti 2 buku bagi setiap warna jika anda ingin menggunakan twin needle nanti.

4. Sekoci

5. Tali Pengukur. Pastikan ditanda dalam unit inci yang betul (8 Senggatan setiap inci)

6. Pembaris tukang Jahit – Pembaris L, Pembaris Lengkung dan Pembaris grid transparent. 3 jenis ni yang admin selalu guna.

7. Jarum mesin jahit – Untuk menjahit kain knit anda perlukan jenis jarum yang bersesuaian supaya tidak merosakkan kain. Stretch needle & ballpoint needle adalah khas untuk kain knit. Twin needle stretch pula digunakan untuk menjahit hem atau top sticthing.

8. Tapak Mesin – Tapak Teflon wajib ada, selebihnya adalah optional

9. Penetas Jahitan

10. Jarum jahit Tangan

11. Penanda kain – ada banyak jenis dalam pasaran. Pilih yang anda suka dan selesa gunakan

12. Roda Surih dan kertas karbon – Digunakan untuk trace pola pada kain terutamanya tanda yang di dalam pola seperti dart dan kedudukan poket

13. Jarum peniti / clip – Admin lagi suka guna klip untuk pegang kain sebelum dijahit terutama untu part seperti neckband dan lengan. Tapi Jarum peniti tetap diperlukan untuk menetapkan kedudukan poket dan placket

14. Fabrik – Sudah tentulah anda perlukan fabrik! Dapatkan kain knit cantik dan berkualiti dari website kami www.ulatkain.com dan anda sudah boleh mula belajar menjahit.

You might also like

More Similar Posts

Menu