Step 1
Sediakan kain yang anda hendak gunakan sebagai tali. Tandakan kelebaran dan panjang tali yang anda mahu mengikut ira kain. Untuk tutorial ini kami menggunakan kain knit dan kami akan menghasilkan tali dengan kelebaran 1/4″ . Formula lebar tali adalah seperti berikut:
Lebar tali x 2 + (basi x 2)
Jadi, untuk menghasilkan tali 1/4″ dengan basi 1/4″, kiraannya seperti ini:
1/4″ x 2 + (1/4″ x 2) = 1″
Kelebaran kain yang kami perlukan adalah 1″ seperti gambar di bawah.