1. Unit Inci Yang Betul
Pastikan anda menggunakan tali pengukur dengan unit inci yang betul kerana dalam pasaran terdapat 1 lagi jenis tali pengukur yang kelihatan sama tapi ukurannya jauh berbeza. 1 inci Imperial mempunyai 8 senggatan dan bersamaan 2.54cm. Jika ia mempunyai 10 senggatan dalam 1 inci, dan ada simbol cùn 寸 , itu adalah unit inci China. Jika anda mengambil tempahan jahit secara online pastikan customer anda juga mengambil ukuran dengan menggunakan tali pengukur yang betul.
2. Jenis tali pengukur yang anda perlu ada
Tali pengukur biasanya terdapat dalam saiz 60″/1.5m dan 120″/3m. Kami cadangkan anda beli tali pengukur 120″/3m kerana lebih mudah untuk mengukur bidang kain knit sebab kain kami semua bidang 60″ dan ke atas 😉 . Kami cadangkan juga supaya anda sentiasa menyimpan tali pengukur jenis retractable bersaiz poket dalam handbag anda. Keep it handy.
3. Cara baca ukuran inci
Jangan takut dengan unit inci. Konsep inci hanyalah pecahan matematik yang mudah. Rujuk gambar di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.
4. Ganti tali pengukur jika perlu
Cuba letakkan tali pengukur anda pada permukaan yang rata. Jika ianya beralun dan tidak terbentang flat dan lurus, itu tandanya anda tali pengukur anda perlu diganti dengan yang baru kerana tali pengukur itu sudah kembang dan mungkin ukurannya sudah tidak tepat.




