Alat-alat Penanda Tukang Jahit

Berikut adalah alat-alat yang boleh digunakan untuk melukis pola dan menanda pada fabrik.

1. Tailor’s Chalk
Kapur tailor: Jenis yang paling mudah dijumpai. Perlu berhati-hati sebab mudah pecah. Perlu diasah untuk dapatkan garisan yang sharp dan tepat

Chalk Wheel: Mempunyai cartridge serbuk kapur yang boleh ditukar-tukar. Garisan yang sharp.

Kapur Lilin: hanya terdapat dalam warna putih. Perlu berhati-hati sebab mudah pecah. Kesan kapur hilang dengan haba seterika.

Chalk Pen & refills: Mudah dipegang dan digunakan. Kurang risiko kapur pecah & patah

2. Transfer Paper
Kertas carbon dalam pelbagai warna yang digunakan bersama tracing wheel (roda surih). Digunakan untuk transfer pola ke atas fabrik terutamanya tanda yang berada di tengah pola seperti dart dan kedudukan poket

3. Fabric Pencil

Dressmaker pencil: Boleh diasah dengan pengasah pensel biasa

Peel-off pencil chalk: Sesuai digunakan pada fabric dengan permukaan yang licin seperti satin, poly leather. Tak perlu diasah, hanya koyakkan pembalut kertas.

Peel-off wax pencil: Hanya terdapat dalam warna putih. Kesan pensel hilang dengan haba seterika. Tak perlu diasah, hanya koyakkan pembalut kertas.

4. Fabric Marker / Pen
Disappearing ink Fabric marker: dakwat pen hilang perlahan-lahan bila terdedah kepada udara atau air.

Washable ink marker: apa-apa marker pen kanak-kanak yang boleh dibasuh juga boleh digunakan untuk menanda fabrik. Pastikan anda test dulu pada kain perca dan cuba basuh dengan air.

Thermo sensitive ink pen: Pen jenama PILOT mempunyai range yang dipanggil PILOT Frixion. Dakwat yang digunakan adalah dakwat khas yang boleh hilang apabila dikenakan haba atau geseran. Jadi anda boleh gunakan pada fabric dan boleh hilangkan kesan pen dengan haba seterika. Menarik kan?

 
You might also like

More Similar Posts