Komponen utama zip adalah tape dan slider. Secara umumnya terdapat 2 kategori utama cara bukaan zip iaitu zip biasa (closed-end zipper) dan zip jaket (open-end zipper) seperti yang telah kami jelaskan dalam post sebelum ini: Anatomi zip . Fungsi zip boleh berubah-ubah bergantung kepada jumlah slider dan cara pemasangannya.
Berikut adalah 3 jenis fungsi zip bagi kategori closed-end zipper:
Zip Biasa (Closed-end Zipper)
Ini adalah jenis zip yang paling biasa dijumpai. Zip dibuka daripada 1 arah dan hanya 1 penghujung zip yang boleh dibuka. Zip jenis ini banyak digunakan pada baju dress, seluar, skirt, beg, purse, dan banyak lagi.
Zip Double Slider (Head-to-Head)
Zip jenis ini mempunyai 2 slider yang dipasang secara head-to-head. Zip dibuka dari tengah ke kedua-dua hujung zip. Zip jenis ini banyak digunakan pada handbag, beg luggage, dan camping tent.
Zip Double Slider (Bottom-to-Bottom)
Zip jenis ini mempunyai 2 slider yang dipasang secara bottom-to-bottom. Zip ini boleh dibuka dari kedua-dua penghujung zip. Zip jenis ini paling sesuai digunakan pada pakaian bayi jenis sleepsuit untuk membolehkan baju dibuka pada bahagian bawah sahaja, mudah untuk tukar lampin bayi.
Berikut pula adalah 2 jenis fungsi zip bagi kategori open-end zipper:
Zip Jaket One-Way
Zip jenis ini adalah jenis zip yang paling biasa digunakan pada jaket dan sweater. Tape zip boleh dibuka, dipisahkan sepenuhnya dan dipasang semula dengan memasukkan insert pin ke dalam box pin sebelum menarik slider ke atas. Ia terdapat dalam 2 versi sama ada slider pada sebelah kanan atau slider pada sebelah kiri.
Zip Jaket Two-Way
Zip jenis ini mempunyai dua slider yang dipasang secara botom-to-bottom. Ia juga boleh dibuka, dipisahkan sepenuhnya dan dipasang semula, namun berbeza daripada jenis zip jaket one-way, kedua-dua slider perlu berada di bawah sebelum memasukkan insert pin ke dalam box pin. Kemudian slider pertama boleh ditarik sehingga ke hujung zip untuk ditutup dan slider kedua boleh ditarik ke atas untuk membuka sebahagian zip bawah untuk memberikan sedikit bukaan pada hem supaya pemakai selesa bergerak. Ia juga terdapat dalam 2 versi sama ada slider pada sebelah kanan atau slider pada sebelah kiri. Zip jenis ini agak sukar ditemui. Ia biasanya digunakan pada produk jaket khas seperti gambar di bawah.