7 Tips Jahit Zip

Tips & Prosedur menjahit zip yang betul:

1. Ruang untuk slider

Slider pada zip memerlukan ruang yang mencukupi untuk zip berfungsi dengan baik. Jika jahitan terlalu rapat dengan elements (gigi zip), fabrik mungkin akan mudah tersangkut pada slider terutamanya jika zip dijahit pada pakaian yang mempunyai lining. Oleh itu, pastikan fabrik dijahit dengan jarak yang mencukupi untuk slider beroperasi.

2. Pastikan panjang zip yang betul

Ukur bukaan pada fabrik dan pastikan panjang zip yang digunakan adalah bersesuaian. Kami telah jelaskan cara mengukur panjang zip dalam post sebelum ini: Standard Ukuran & Saiz Zip Jika menggunakan zip yang panjang, pastikan anda pinkan zip dan fabrik dengan jarum peniti atau clip sepanjang zip sebelum menjahit untuk semak sama ada panjang zip mencukupi atau tidak.

3. Jahit Zip pada kain knit

Jika menjahit zip pada kain knit, adalah sangat penting untuk memastikan bahawa anda tidak menarik fabrik semasa menjahit. Tips: Gunakan washable glue stick, sapu sepanjang tape zip, kemudian lekatkan pada fabrik dan gunakan clip supaya zip tidak bergerak dan kain tidak memeri ketika anda menjahit.

4. Jahit Zip pada fabrik berbulu

Jika anda menjahit zip pada kain yang berbulu tebal seperti faux fur, dan pile plush, cover bahagian tepi fabrik dengan fabrik lain seperti leather atau ribbon tape untuk mengelakkan  bulu tersangkut pada slider.

5. Jahit Zip pada flies seluar

Seluar yang menggunakan zip yang pendek atau seluar yang tight fitting akan memberikan tekanan yang tinggi pada bottom stop zip. Saddle stitch (jahitan zigzag yang rapat) boleh mengurangkan beban pada bottom stop zipper, oleh itu anda disarankan menjahit saddle stitch seperti rajah di bawah.

6. Elak hujung zip gatal pada kulit

Jika zip sorok dijahit pada pakaian yang close-fitting seperti dress, baju kurung moden atau skirt, bahagian hujung zip yang terdedah mungkin akan membuatkan pemakai tidak selesa apabila hujung elements zip (gigi zip) berlaga dengan kulit. Untuk mengatasi masalah ini, balut dan jahit hujung zip dengan fabrik.

7. Saiz mata jahitan

Saiz mata jahitan yang disarankan untuk menjahit zip adalah 2.5. Jika anda menjahit zip jaket (open-end) pastikan saiz mata jahitan tidak terlalu rapat dan matikan jahitan sekali sahaja pada hujung bawah tape. Mata jahitan yang terlalu rapat atau mematikan jahitan berulang kali pada reinforced tape akan menyebabkan tape koyak.

You might also like