Standard Ukuran dan Saiz Zip

Kesemua jenis zip datang dalam pelbagai saiz, lebar dan panjang. Pada kebiasannya ramai yang semak panjang zip sahaja ketika membeli zip. Tapi tahukah anda saiz zip juga ditentukan oleh lebar zipper teeth (gigi zip)? Dalam post kali ini kami akan menerangkan cara standard mengukur zip dan saiz-saiz zip yang terdapat dalam pasaran.

Panjang Zip

Panjang zip ditentukan oleh ukuran panjang bahagian zip yang boleh dibuka tutup. Ketika mengukur panjang zip, zip perlulah ditutup sepenuhnya. Cara mengukur panjang zip berbeza bergantung kepada fungsi zip. Lihat rajah di bawah untuk cara mengukur panjang zip:

Jika anda menggunakan zip jenis close-end (zip biasa), panjang zip boleh diubahsuai mengikut panjang zip yang anda perlukan untuk projek jahitan anda. Namun jika anda menggunakan jenis zip open-end (zip jaket), anda perlu gunakan saiz yang tepat atau ubahsuai pattern anda supaya sama panjang dengan zip yang anda ada.

Saiz Zip

Saiz zip ditentukan oleh lebar zipper teeth (gigi zip) ketika dalam keadaan zip ditutup dalam ukuran milimeter (mm). Saiz #5 atau No.5 bermaksud lebar zipper teeth ialah 5mm. Lihat saiz zip  standard bagi setiap jenis zip seperti rajah di bawah:

Jadi bagaimana untuk memilih saiz yang betul untuk projek jahitan anda? Kami syorkan seperti berikut:

Saiz Zip Saiz General

Kesesuaian

1-4

Small

Baju formal, sarung cushion, skirt, dress, baju kurung, seluar, handbag

5-7

Medium

Jaket, bag travel, backpack, khemah, bagasi, kasut boots

8-10

Large

Sarung kerusi kereta, upholstery, khemah canvas

Berat Zip

Berat zip juga perlu diambil kira ketika memilih zip yang sesuai untuk projek jahitan anda. Sebagai contoh, Metal Zipper lebih berat daripada Plastic Zipper walaupun saiz kedua-duanya adalah sama. Jika anda menggunakan zip yang berat pada pakaian daripada kain yang nipis dan memeri, mungkin tidak sesuai kerana zip itu akan menarik fabrik ke bawah. Lama-kelamaan fabrik akan mengembang dan menggelebeh.

You might also like
Tags: saiz zip, zip

More Similar Posts