Jahit Tepi Dengan Mesin Portable Guna Tapak Overcast

Tidak seperti kain knit, kain woven perlu jahit tepi terlebih dahulu, kalau tidak benang bahagian tepi kain akan terburai dan berbulu. Jika anda teringin nak jahit baju raya sendiri tahun ni tapi tak ada mesin jahit tepi, apa kata anda beli tapak overcast seperti dalam gambar ni.

 

Tapak overcast digunakan pada mesin jahit portable untuk kemasan jahit tepi pada kain woven supaya benang tidak terurai dan berbulu. Guide pada tapak ini membantu mengawal tepi kain supaya sentiasa lurus semasa anda menjahit. Gunakan setting jahitan zigzag atau setting overcast yang ada pada mesin jahit anda.

 

You might also like
Tags: mesin jahit, tapak mesin jahit

More Similar Posts