Idea Penyimpanan Sekoci

Pernah tak anda hadapi situasi ni?

Anda dah siap potong kain dan dah ready nak menjahit. Anda cari benang yang matching dengan kain. Okay dah jumpa. Lepas tu anda cari sekoci yang sama warna benang pulak. Anda yakin anda dah pernah isi sekoci dengan warna benang yang sama. Tapi kenapa tak jumpa eh? Korek-korek laci lagi tapi tetap tak jumpa. End up anda give up, anda keluarkan sekoci kosong dan isi semula dengan benang tu. Lepas dah siap jahit anda nak cari plier butang snap. Bukak tool box. Eh, kat sini rupanya sekoci-sekoci yang anda tak jumpa tu 🤦‍♀️.

Sekoci ni walaupun kecik, kalau tak jumpa atau bersepah benang berselirat, memang boleh buat mood menjahit ke laut. Kami tau kat pinterest dan shopee ada macam-macam bobbins storage & organizing ideas.

Ada yang ikat sekali dengan benang guna rubber band.

Ada yang guna manicure separator

Ada yang guna bird spikes mat

Ada yang guna tray letak lighter kat kedai tu

Ada yang guna magnet

Ada yang guna Bobbins stack tower

Tapi daripada macam-macam cara nak simpan dan organize bobbins tu kami paling suka guna yang jenis clear box macam ni:

 

Kami ada jual bobbin case ni kat online shop kami tau. Sesuai untuk bobbins mesin jahit portable. Kalau nak beli boleh klik je gambar atas ni. Kenapa kami paling suka guna clear bobbins case ni? Meh kami listkan:

1. Bekas plastik clear. Dari luar dah boleh nampak benang warna apa.

2. Dah siap compartment. Pusing la macam mana pun, selagi bekas ni bertutup kemas, bobbins tak akan berterabur.

3. Jimat ruang dan mudah alih. Bila dah simpan dalam case ni korang boleh la letak kat mana-mana pun. Nak stack boleh, nak susun tegak macam buku kat bookshelf pun boleh.

4. Protect dari habuk. Sebab dia bekas bertutup, so terpelihara lah benang bobbins dari habuk-habuk.

5. Sedap mata memandang. Terus datang mood rajin nak menjahit, kan?

Dah guna bobbins clear case tapi nak lagi organize dan sistematik? Cuba cara ni. Setiap benang jahit biasanya ada code warna yang ditulis pada spool. Setiap kali anda isi benang pada sekoci, ambil permanent marker dan tulis code warna benang pada penutup casing. Bila anda dah siap guna, letakkan semula sekoci dalam bekas mengikut code warna benang yang anda dah tulis tu. Mudah kan? Dah tak susah nak cari sekoci yang sama warna dengan benang bila anda dah labelkan macam ni.

Jika tersalah tulis atau nak tukar nombor code benang, anda boleh gunakan nail polish remover untuk memadam tulisan marker tadi dan tulis semula code warna yg baru. Anda ada cara kreatif lain untuk simpan dan organize bobbins? Jom kongsikan dengan kami di Facebook Page Ulat Kain atau di Facebook Group Geng Ulat Kain.

 

 

You might also like
Tags: , ,

More Similar Posts

Menu