Bias tape, atau panggilan lainnya lis piping dan kun, adalah pita kain yang dipotong pada sudut bias 45 darjah. Bias tape daripada kain woven mempunyai keupayaan untuk memeri apabila ditarik, menjadikannya boleh dilentur dengan kemas pada lengkungan. Oleh itu, bias tape seringkali digunakan untuk membuat kemasan pada leher blouse atau baju kurung. Selain itu, bias tape juga boleh digunakan sebagai hiasan, piping dan binding pada pakaian dan barangan kraf seperti apron, lapik meja, pemegang periuk, sarung bantal dan sebagainya.
Bias tape satin atau cotton mudah didapati di kedai barangan jahit tetapi warnanya adalah terhad. Jika anda tidak jumpa bias tape readymade dalam warna yang anda mahu atau anda mahukan bias tape yang bercorak sama dengan kain yang anda gunakan, apa kata anda hasilkan bias tape anda sendiri menggunakan bias tape maker!
Anda boleh sahaja terus potong kain pada sudut 45 darjah. Tapi mungkin anda memerlukan kain yang besar untuk mendapatkan bias tape yang panjang. Cara yang kami tunjukkan di bawah ini adalah cara untuk mendapatkan bias tape yang panjang bersambung-sambung daripada sekeping kain yang kecil. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlukan bias tape maker, kain, pembaris, pen, mesin jahit dan iron. Sebelum itu jom tengok dulu macam mana rupa bias tape maker ni.
Inilah bias tape maker. Biasanya dijual dalam set 4 size macam ni. Kami ada jual Bias Tape Maker Set ni. Untuk tutorial ini kami gunakan saiz 12 untuk menghasilkan bias tape 1/2″. Lebar pita kain yang anda perlu untuk setiap saiz adalah seperti gambar di bawah.
Okay, jom kita mulakan. Ikuti langkah berikut:
1. Sediakan kain anda. Jika terdapat kedutan atau kesan lipatan, ironkan kain terlebih dahulu. Potong kain anda dalam bentuk parallelogram dengan sudut 45 darjah. Anda boleh juga mulakan dengan sekeping kain segi empat sama atau segi empat tepat. Gariskan dan potong kain pada sudut 45 darjah kemudian sambungkan segi tiga itu pada hujung kain (jangan pusingkan, gerakkan secara melintang sahaja). Jahit dengan basi 1/4″, buka basi dan iron. Kemudian tandakan basi 1/4″ pada hujung atas dan bawah kain. Rujuk gambar berikut:
2. Tandakan lebar pita yang diperlukan. Tutorial ini menggunakan bias tape maker saiz 12, oleh itu lebar pita yang diperlukan ialah 1,1/8″. Ulang garisan sehingga hujung. Gunting dan buang lebihan kain. Rujuk gambar berikut:
3. Temukan dan pinkan setiap hujung garisan dengan hujung garisan yang seterusnya (bahagian luar bertemu luar – RST). Untuk lebih mudah faham kami tandakan dengan nombor sepert dalam gambar di bawah, padankan point dengan nombor yang sama. Pastikan anda padankan point pada garisan basi 1/4″ yang ditandakan bukan pada hujung kain.
Anda akan dapat tube seperti ini:
4. Jahit dengan basi 1/4″. Buka basi dan tekan dengan iron.
5. Gunting mengikut garisan yang ditandakan tadi. Anda akan dapat pita yang panjang bersambung seperti gambar di bawah:
6. Sekarang jom beralih ke ironing board. Masukkan hujung pita melalui bias tape maker sehingga keluar pada muncung tape maker. Anda boleh gunakan jarum atau tailor awl untuk bantu tolak kain ke dalam. Tarik hujung pita perlahan-lahan sehingga lipatan terbentuk.
7. Tekan lipatan dengan iron. Kemudian terbalikkan tape maker dan tarik perlahan-lahan sambil tekan tape dengan iron. Kebanyakan tutorial di youtube tidak terbalikkan tape maker tapi kami dapati cara ini lebih mudah kerana lipatan tidak mudah terbuka dan lebih kemas jika anda terbalikkan tape maker sambil tekan dengan iron. Terpulang cara mana yang lebih selesa untuk anda. Ulang step ini hingga habis.
Bias Tape siap untuk digunakan!