Butang atau kancing berfungsi untuk menutup bukaan pada baju dan memudahkan sesuatu pakaian dipakai dan dibuka. Selain sebagai hiasan atau fashion statement pada pakaian, butang juga digunakan secara meluas pada beg dan barangan kraf. Butang snaps adalah salah satu jenis butang yang sangat popular kerana ianya sangat mudah untuk digunakan. Jika anda tidak yakin untuk menjahit lubang butang, anda boleh sahaja menggantikannya dengan butang snaps. Berikut adalah beberapa jenis butang snaps yang terdapat dalam pasaran.
KAM Snaps / Plastic Snaps
KAM sebenarnya adalah jenama yang mencipta dan mempopularkan butang snap jenis plastik ini. Ianya sangat mudah didapati dan digunakan secara meluas pada pakaian dan barangan kraf. Antara contoh pengunaan plastic snaps ialah pada cloth diapers dan pakaian bayi. Butang jenis ini datang dalam berpasangan, iaitu socket dan studs yang setiap satunya dipasang bersama cap yang berbentuk seperti paku. Ia terdapat dalam dalam 3 size iaitu T3 (10.3mm), T5 (12.4mm) dan T8 (14.1mm). Saiz yang paling biasa digunakan adalah size T5. Cap plastic snaps juga mempunyai panjang paku yang berbeza, digunakan bergantung kepada ketebalan fabrik. Plastic snap ini boleh dipasang mengunakan alat khas seperti handheld press pliers atau table press. Selain plastic snap dengan cap berbentuk bulat, terdapat juga plastic snaps yang berbentuk lain seperti love, star dan sebagainya. Plastic snaps juga terdapat dalam pelbagai pilihan warna dengan kemasan glossy atau matte.
Metal Prong Snaps
Metal prong snaps adalah butang yang diperbuat daripada keluli tahan karat yang terdiri daripada socket, stud, dan cap yang mempunyai 5 paku yang tajam. Cap bagi metal prong snaps kebiasaannya berbentuk seperti cincin yang berwarba silver atau bersadur cat berwarna warni. Namun terdapat juga cap dengan hiasan seperti pearl. Metal prong snaps sangat sesuai digunakan pada kain knit dan digunakan secara meluas dalam pembuatan pakaian bayi seperti rompers. Sama seperti plastic snaps, metal snaps juga dipasang menggunakan alat khas seperti handheld pliers atau table press. Metal prong snaps terdapat dalam dua saiz iati saiz 14 (9.7mm – 3/8″) dan saiz 16 (10.7mm – 7/16″). Cap metal snaps juga mempunyai panjang paku yang berbeza, digunakan bergantung kepada ketebalan fabrik.
Press Studs
Press studs atau butang katup terdiri daripada 2 bahagian iaitu socket dan stud. Ianya terdapat dalam jenis metal dan plastik. Press stud kebiasaannya digunakan apabila sesuatu pakaian memerlukan butang yang tersembunyi seperti pada bukaan baju kebaya. Butang jenis ini tidak perlu sebarang alat untuk memasangnya kerana anda ia hanya perlu dijahit pada fabrik menggunakan tangan.