Ramai yang keliru dan menganggap eyelets dan grommets adalah benda yang sama. Walaupun eyelets dan grommets adalah sama dari segi fungsinya iaitu mengukuhkan lubang yang ditebuk pada fabrik, komponen dan cara pemasangannya adalah berbeza. Ramai juga yang menggunakan perkataan eyelets sedangkan yang dimaksudkan sebenarnya adalah grommets. Macam mana nak bezakan antara eyelets dan grommets? Jom baca artikel ni sampai habis
Eyelets
Cara paling mudah untuk membezakan antara eyelets dan grommets adalah komponennya. Eyelets hanya satu komponen yang dari sisinya kelihatan seperti huruf “T”. Bahagian gelung dipanggil barrel manakala bahagian yang rata dipanggil flange. Saiz eyelets ditentukan oleh diameter flange dan tinggi barrel. Anda perlu pilih saiz ketinggian barrel bergantung kepada ketebalan fabrik yang anda guna. Rujuk gambar di bawah:
Untuk memasang eyelet, anda perlu menebuk lubang pada fabrik terlebih dahulu. Kemudian masukkan eyelet ke dalam lubang dan di kepit dengan plier eyelets atau diketuk ketuk pada bahagian barrel dengan alat khas. Rim barrel akan bergulung ke bawah dan mencengkam fabrik. Terdapat 2 jenis eyelets dalam pasaran iaitu rolled rim eyelets dan scored rim eyelets. Barrel pada eyelets jenis rolled rim berupa gelung yang lurus yang akan bergulung ke bawah berbentuk bulat seperti donut. Manakala barrel pada eyelets jenis scored rim mempunyai gelung dengan sedikit potongan disekelilingnya yang akan bergulung dan terbuka seperti kelopak bunga. Kemasan pada kedua-dua belah fabrik adalah berbeza dengan penggunaan eyelets. Rujuk jadual di bawah:
Grommets
Grommets terdiri daripada 2 komponen iaitu grommet dan washer. Sama seperti eyelets, saiz grommets juga ditentukan oleh diameter flange dan tinggi barrel. Untuk memasang grommets anda perlu menebuk lubang pada fabrik terlebih dahulu. Kemudian masukkan grommet ke dalam lubang, diikuti oleh washer, dan dikepit dengan plier grommets atau diketuk dengan alat khas. Barrel pada grommet akan bergulung kebawah dan mencengkam washer. Terdapat juga gromments dari jenis yang bergigi disekeliling washer dan grommet untuk mencengkam fabrik. Grommets juga lebih tahan lasak berbanding eyelets. Secara teknikalnya eyelets ring yang biasanya digunakan pada langsir juga sebenarnya adalah dari jenis grommet. Namun lebih nama eyelet lebih biasa digunakan.
Penggunaan Eyelets & Grommets
Seperti yang kami sebut pada awal artikel, eyelets dan grommets mempunyai fungsi yang sama iaitu mengukuhkan lubang yang ditebuk pada fabrik. Ia banyak digunakan pada drawstring hoodie sweater dan jogger pants, corset, lubang tali kasut, tali pinggang dan sebagainya. Namun eyelets dan grommets juga boleh digunakan sebagai hiasan pada projek jahitan anda agar kelihatan lebih unik dan istimewa, bergantung kepada kreativiti anda. Mungkin anda boleh cuba menggukannya dalam projek jahitan anda yang akan datang.