Jenis Jahitan Mesin Jahit Tepi 4 Benang

Walaupun mesin jahit portable biasa masih boleh digunakan untuk menjahit kain knit, kerja anda akan menjadi lebih mudah dan lebih kemas jika menggunakan mesin jahit tepi 4 benang. Anda tengah pasang angan-angan nak beli mesin jahit tepi ke tu? Yang mana satu pilihan anda, mesin industri atau portable? Tahukah anda, mesin jahit tepi juga dikenali sebagai overlocker atau serger. Penggunaan perkataan serger lebih biasa digunakan di US manakala perkataan overlocker pula biasa digunakan di negara-negara Eropah. Jom tonton video ini kami tunjukkan beberapa contoh jenis jahitan yang boleh dihasilkan dengan menggunakan mesin jahit tepi 4 benang. Dalam video ini kami gunakan 4 warna benang berbeza supaya lebih mudah untuk anda lihat perbezaannya.  
You might also like
Tags: ,

More Similar Posts

Menu