Tutorial: Tapak Jahit Lubang Butang

Kebanyakan mesin jahit mekanikal portable dalam pasaran sekarang sudah mempunyai fungsi 1-step buttonhole di mana anda boleh menjahit lubang butang dengan mudah. Anda hanya perlukan tapak khas untuk jahit lubang butang yang biasanya datang bersama mesin jahit yang anda beli. Jika tiada, anda boleh membelinya secara berasingan. Namun terdapat dua jenis tapak lubang butang dalam pasaran. Untuk mesin jahit yang mempunyai fungsi 1-step buttonhole, kami syorkan anda membeli tapak yang lebih panjang dan mempunyai tempat meletak butang di bahagian belakang. Jika menggunakan tapak jenis ini, saiz lubang butang ditentukan secara automatik bergantung kepada saiz butang yang diletakkan. Pastikan anda menggunakan interfacing pada kain yang hendak dijahit untuk mengukuhkan jahitan dan ikuti Langkah berikut untuk menjahit lubang butang.

 

2 jenis tapak lubang butang dalam pasaran. Gunakan tapak yang kanan

Step 1

Letakkan butang pada tapak.

Step 2

Pasangkan tapak pada mesin jahit

Step 3

Turunkan button lever dan tolak ke belakang.

Step 4

Setting jahitan seperti berikut

Step 5

Letakkan kain, tekan pedal dan mula menjahit.

Step 6

Tebuk lubang butang . Anda boleh juga letakkan sedikit gam kain pada jahitan untuk lubang butang yang lebih kukuh.

Penting!

Kemungkinan besar anda tidak akan dapat jahitan yang sempurna pada cubaan yang pertama. Cuba dulu jahit pada kain perca sehingga anda mendapat setting yang elok. Jika jahitan kiri dan kanan tidak sekata, adjust pada setting length dan setting buttonhole balance. Rujuk buku manual mesin jahit anda.

Jika anda masih belum jelas, tonton video di bawah. Selamat Mencuba!

 

You might also like
Tags: , ,

More Similar Posts

Menu