Tahukah anda butang jenis berlubang atau juga dikenali sebagai flat buttons dan shirt buttons boleh dijahit menggunakan mesin jahit? Cara ini sangat mudah dan menjimatkan masa berbanding jahitan tangan. Anda hanya memerlukan tapak khas untuk menjahit butang. Pastikan anda menggunakan interfacing pada kain yang hendak dijahit dengan butang untuk mengukuhkan jahitan.
Ikuti langkah berikut untuk menjahit butang menggunakan mesin jahit:
Step 1 – Pasangkan tapak butang pada mesin jahit
Step 2 – Gunakan setting seperti berikut
Jenis jahitan – ZigZag
Length – 0
Width – Adjust bergantung kepada jarak lubang pada butang
Turunkan feed dog (rujuk manual mesin jahit anda)
Step 3 – Letakkan kain dan butang pada tapak mesin dan laraskan kedudukan butang. Pusingkan handwheel untuk semak kedudukan jarum. Pastikan jarum masuk tepat ke dalam kedua-dua lubang butang. Adjust pada setting width jika perlu. Jika sudah dapat kedudukan yang tepat, tekan pedal untuk menjahit. Ulang langkah ini pada lubang seterusnya jika menggunakan butang 4 lubang.
Tonton video tutorial di bawah jika anda masih tidak pasti.
Selamat mencuba!