Cara yang mudah untuk belajar menjahit adalah dengan membeli pola yang sudah siap bersama tutorial yang lengkap. Namun bagi mereka yang tidak pernah melihat pola jahitan pasti berasa sedikit janggal dengan simbol-simbol yang ada pada sesuatu pola, jadi kami senaraikan beberapa simbol pola yang biasa digunakan.
1.Grainline: Ini adalah tanda arah bagi ira kain melintang. Anda boleh gunakan pembaris grid transparent untuk memastikan ira kain selari dengan tanda ini. Rujuk posting ini untuk memahami apa itu ira kain.
2.Fold line: Ini adalah tanda lipatan kain. Pola perlu diletakkan pada lipatan kain di penanda ini.
3.Greatest Stretch: Ini adalah tanda arah memeri kain yang biasanya ditemui pada pola yang menggunakan kain knit. Jika menggunakan kain knit 2-way stretch, pilih arah dengan kadar memeri yang lebih tinggi. Kebiasaanya arah memeri bertentangan dengan arah ira kain. Tapi admin pernah jumpa kain knit denim stretch yang arah memeri nya sama dengan ira kain. Pastikan anda periksa arah memeri dan ira kain sebelum memotong kain, ya.
4. Pleat: Ini adalah tanda untuk perincian pleat pada pakaian. Kain perlu dilipat pada garisan ini mengikut tanda arah pada pola.
5. Notches: Ini adalah tanda tempat yang anda perlu padankan pada pola. Ia biasanya ditemui pada pola keruk ketiak dan lengkungan kepala lengan. Anda boleh tandakan pada kain dengan kapur atau gunting sedikit pada bahagian ini sebagai penanda yang akan memudahkan anda ketika proses mencantum nanti.
6. Shorten/Lengthen: Anda boleh ubahsuai pola untuk memendekkan atau memanjangkan mengikut ukuran yang anda mahu. Tanda ini ialah kawasan yang anda perlu pisahkan pola dan tambah/kurangkan ukuran yang anda mahu.
7. Buttonhole/Button Placement: Ini adalah tanda bagi kedudukan lubang butang dan butang pada pakaian.
8. Dart: Kain perlu dilipat dan dijahit pada garisan ini untuk menghasilkan dart
9. Gather: Tanda untuk perincian kedutan pada pakaian.
Semoga info ini membantu anda untuk mula menjahit. Ulat Kain pun ada hasilkan pola kami sendiri dalam bentuk PDF yang anda boleh beli dan print di rumah tau. Klik di sini.