No Comments

Woven vs Knit

Secara amnya jenis kain boleh dibahgikan kepada 2 jenis iaitu kain woven dan kain knit. Apa yang membezakan dua jenis kain ini adalah teknik pembuatannya.

Kain woven dibuat dengan teknik menganyam, iaitu dengan menggunakan 2 benang pada sudut 90 darjah yang berselang seli. Kain knit pula dihasilkan dengan teknik mengait, iaitu dengan menggunakan 1 benang yang dikait kepada gelung-gelung yang berantaian. Rujuk rajah di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Ciri-ciri paling jelas untuk membezakan antara kain woven dan kain knit adalah tahap fleksibiliti kain. Kain woven tidak memeri, manakala kain knit pula memeri. Ciri-ciri ini yang menentukan kesesuaian penggunaan kain dan teknik menjahitnya.

Benang pada bahagian tepi kain woven kebiasaannya akan mudah untuk terburai (fray) apabila dipotong. Oleh itu, apabila menjahit kain jenis woven anda perlu melakukan langkah tambahan untuk memastikan benang pada tepi kain tidak terburai seperti jahit tepi atau menggunakan gunting pinking. Berbeza dengan kain woven, benang pada kain knit tidak akan mudah terburai apabila dipotong. Oleh itu anda boleh potong kain knit dengan mudah dan terus menjahit.

Jika anda rasa artikel ini sangat berguna sila kongsikan kepada rakan internet anda yang lain. Sehingga bertemu kembali..selamat menjahit!

You might also like

More Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fill out this field
Fill out this field
Please enter a valid email address.