Selama ini kami di Ulat Kain dikenali kerana kain-kain knit. Tapi anda perasan tak baru-baru ini kami telah membuka pre-order Ulat Kain Exclusive Print di Facebook Page Ulat Kain dan Facebook Group Geng Ulat Kain dalam pilihan material Cotton Lycra dan Cotton Twill?
Screen shot dari post asal di Facebook Page Ulat Kain
Kami pernah kongsikan info tentang jenis-jenis kain knit sebelum ini dan mungkin anda juga sudah biasa dengan kain knit Cotton Lycra. Namun ramai juga followers dan ahli group Ulat Kain yang tertanya-tanya “Kain cotton twill tu macam mana? Cotton woven biasa lah dengar.” Teruskan membaca, kerana dalam post ini kami akan menjelaskan apa perbezaan antara cotton woven dan cotton twill.
Cotton Woven
Cotton woven dihasilkan daripada 100% material cotton dengan teknik plain weave iaitu tenunan yang paling basic di mana benang losen (weft yarn) ditenun berselang seli dengan benang pakan (warp yarn). Kain cotton jenis ini biasanya digunakan untuk projek quilting, pakaian, cadar, dan sebagainya. Tahap kelembutan kain cotton woven bergantung kepada saiz benang yang digunakan dan juga thread count nya. Lebih halus saiz benang dan lebih rapat tenunannya, maka lebih lembutlah kainnya.
Close up plain weave
Cotton Twill
Ciri-ciri paling jelas untuk mengenalpasti cotton twill adalah garisan diagonal (pepenjuru) yang jelas pada permukaan fabrik. Tenunan jenis ini dipanggil twill weave, dihasilkan dengan menenun benang losen (weft yarn) di bawah 2 benang pakan (warp yarn), kemudian ditenun ke atas 2 lagi benang pakan secara berselang seli. Teknik tenunan ini meghasilkan fabrik yang lebih kukuh (sturdy) dan tahan lasak (durable). Kain jenis ini sesuai digunakan untuk membuat beg, cushion cover dan barangan kraf. Bahkan fabric seperti denim, chino, drill yang sering digunakan dalam pembuatan seluar dan jaket juga menggunakan teknik tenunan twill.
close up twill weave
Di masa akan datang kami bercadang untuk membawa masuk lebih banyak jenis fabrik dalam online shop kami supaya anda mempunyai lebih banyak pilihan untuk menghasilkan pelbagai jenis projek jahitan. Diharapkan dengan usaha kami ini dapat memperbesarkan lagi komuniti Geng Ulat Kain dengan crafters berbakat di seluruh Malaysia mahupun dunia dan anda juga dapat terus berkarya dengan kreativiti yang tanpa had.