Dalam post sebelum ini kami ada menjelaskan perbezaan antara Cotton Woven & Cotton Twill . Kali ini jom kita kenali dua lagi jenis tenunan iaitu Satin Weave dan Herringbone Weave.
Satin Weave
Ramai yang salah faham menganggap satin itu adalah sejenis material. Sebenarnya satin itu adalah teknik tenunan yang menghasilkan fabrik yang berkilau (glossy) pada permukaan depan dan kusam pada bahagian hadapan. Ia boleh dihasilkan dengan daripada bahan semula jadi seperti sutera, cotton dan rayon atau bahan sintetik seperti polyester dan nylon. Kain satin mempunyai jaluran yang panjang yang dipanggil “float” pada benang pakan (warp yarn). Benang losen (weft yarn) ditenun ke bawah 3, 4 atau 7 helai benang pakan kemudian ke atas 1 benang pakan berselang seli. Benang monofilament yang digunakan sebagai benang pakan menghasilkan tenunan yang rapat dan memberikan effect permukaan yang licin dan berkilau dan kain yang tahan lama (durable). Selain permukaan yang berkilau, kain satin juga tidak mudah berkedut dan mempunyai drape yang cantik dan sesuai digunakan untuk dress dan langsir. Walaubagaimanapun, kain satin mempunyai beberapa kekurangan iaitu benang mudah tertarik dan agak rumit untuk dijahit kerana karekteristiknya yang licin.
close up fabrik satin
Herringbone Weave
Kain yang dihasilkan dengan teknik tenunan herringbone weave mudah dikenalpasti dengan tekstur kain yang bercorak herringbone zigzag. Ia terhasil apabila benang losen (weft yarn) dan benang pakan (warp yarn) ditenun dalam pattern yang bertingkat (staggered). Teknik tenunan ini menghasilkan corak tekstil yang menarik apabila ditenun menggunakan warna benang yang berbeza. Fabrik jenis ini biasanya digunakan dalam pembuatan jacket, suit dan dress.
Close-up fabrik herringbone