Jenis-Jenis Butang

Butang atau kancing berfungsi untuk menutup bukaan pada baju dan memudahkan sesuatu pakaian dipakai dan dibuka. Selain sebagai hiasan atau fashion statement pada pakaian, butang juga digunakan secara meluas pada beg dan barangan kraf. Berikut adalah beberapa jenis butang yang terdapat dalam pasaran:

1.Butang Berlubang (Flat Buttons)

Berbentuk leper dan terdapat dalam 2 jenis iaitu 2 lubang dan 4 lubang. Butang jenis ini boleh dijahit menggunakan tangan atau mesin jahit

2. Butang Bertangkai (Shank Buttons)

Mempunyai tangkai di bawah. Lebih timbul berbanding butang berlubang. Hanya boleh dihjahit menggunakan tangan

3. Butang Toggle (Toggle Buttons)

Berbentuk memanjang dengan 2 lubang di tengah. Biasanya digunakan pada jaket dan kot musim sejuk

4. Butang Cheongsam (Mandarin Buttons)

Dihasilkan daripada tali dengan teknik simpulan khas. Digunakan pada pakaian tradisional cina seperti cheongsam.

You might also like