Menjahit memerlukan seseorang itu fokus dan konsentrasi yang tinggi seterusnya dapat mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Menjahit adalah satu bentuk meditasi yang dapat mendorong daya positif diri dan perasaan yang relaks dan santai. Apabila anda menumpukan perhatian pada menjahit, anda dapat melupakan seketika perkara yang membuatkan anda sedih & stress.
MENINGKATKAN KO-ORDINASI TANGAN-MATA
Manjahit adalah aktiviti yang paling sesuai jika anda mahu meningkatkan kemahiran motor anda terutamanya dalam ko-ordinasi tangan dan mata. Menjahit memerlukan anda untuk fokus pandangan pada jahitan sambil mengawal kedua-dua tangan dan kaki dalam masa yang serentak.
PERKEMBANGAN OTAK
Menjahit memerlukan kreativiti untuk menjana dan merealisasikan idea rekaan sesuatu item yang hendak dihasilkan. Aktiviti menjahit dapat meningkatkan kemampuan otak untuk menghubungkan sel-sel otak dengan pesat dan sentiasa berkembang.
KEGEMBIRAAN
Sama seperti aktiviti kraf yang lain, menjahit juga dapat meningkatkan dopamine (neurotransmitter yang menghubungkan signal perasaan gembira) di otak.
MENCEGAH DEMENSIA
Menjahit memerlukan anda menghafal dan mengingati langkah-langkah tertentu. Mereka yang menjahit cenderung mempunyai ingatan yang kuat kerana Ia menjadikan otak terus berfungsi dengan jelas, fokus dan aktif. Oleh itu, menjahit dapat membantu mencegah demensia ketika anda semakin tua.