8 Dalil Nak Cepat Siapkan Jahitan
/
/
/
8 Dalil Nak Cepat Siapkan Jahitan

8 Dalil Nak Cepat Siapkan Jahitan

  1. Ambil mood

    Mood merupakan elemen yang paling penting dalam melakukan apa jua aktiviti. Kalau mood kelaut, apa pun tak jadi. Mood juga membantu anda lebih fokus dan anda akan kurang melakukan kesilapan. Kalau dah banyak kali kena tetas, nanti anda juga yang akan kemurungan.

    Macam mana nak datangkan mood? Salah satunya, anda boleh tenung kain tu dan berangan dulu apa yang anda nak jahit. Selalunya, bila dah tengok kain yang bertimbun, datanglah mood menjahit tu, kannnnn?

    Atau, anda boleh hidu essential oil seperti lavender atau bau bauan yang menenangkan. Menurut kajian, bau bauan boleh membantu merangsang emosi anda.

    2. Rancang masa bila nak jahit/masa diperlukan

    Sekiranya anda tukang jahit sambilan, masa ada sesuatu yang amat kritikal. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bekerja. Mana nak jaga anak lagi, nak urus rumahtangga lagi. Macam tak ada masa langsung kan.

    Apa kata anda buat satu plan ringkas. Tak perlu plan dengan terperinci, nanti dah bazir masa merancang sahaja. Cukup sekadar anggaran.

    Contohnya:

    Anda nak jahit sepasang tshirt dan seluar anak anda.

    Masa yang diperlukan :-

    Memola : 20 minint (sekarang dah banyak pola siap dijual, print dan potong sahaja)

    Potong kain : 10 minit
    Cantum : 15 minit
    Kemasan : 15 minit

    Total : 60 minit.

    Jadi apa yang anda perlukan ialah rancang bila anda nak 1 jam tu. Masa anak disekolah? Lepas anak tidur diwaktu malam?

    Atau 1 jam dihujung minggu. Signal lah sikit kat suami, suruh diaorang jaga anak sekejap.


    3. Pilih kain yang mahu digunakan

    Dah rancang masa, anda perlu aturkan pula nak gunakan kain mana. Jangan sampai 2-3jam tenung kain tapi masih tak boleh buat keputusan. Ya, kadang kala memang sayang nak potong kain. Nak nak kain tu mahal dan limited edition. Percayalah, kain yang disimpan tak akan bertambah meternya.

    4. Susun pola, cara tutorial

    Kalau anda beli pola yang ready made, apa kata anda lihat dulu pola yang dibeli. Kenal pasti bahagian bahagian supaya anda tidak buat kesilapan semasa mencantum.

    Sekiranya pola tersebut disertakan tutorial, kaji dahulu setiap langkah yang ditunjuk. Ini akan menjimatkan masa anda kerana anda telah pun tahu apa yang perlu dibuat sebelum anda mula menjahit. Bukan lama pun, ambil masa dalam lingkungan 10 minit untuk baca dengan teliti.

    5. Kemaskan bilik jahit

    99% bilik tukang jahit pasti bersepah. Ya faham, tapi sekiranya keadaan bilik jahit anda kemas dan teratur, ini bukan sahaja mendatang mood menjahit malah anda akan lebih senang nak cari barang jahit sekiranya anda telah susun dengan baik.

    Apa kata hias bilik jahit anda dengan cantik. Contohnya, susun kain kain anda dirak khas. Sekiranya kain dari pelanggan yang ada dalam plastik, label dan masukkan dalam bakul mengikut urutan yang perlu dijahit terlebih dahulu.

    Sediakan tempat simpanan khas untuk barangan jahitan anda dan labelkan setiap bekas. Contohnya, jarum, pita ukur, gunting, benang dan sebagainya. Dah tersusun, lebih senang nak cari kemudian.

    6. Kurangkan gangguan

    Nak jahit lebih cepat, anda wajib mengurangkan gangguan untuk lebih focus.

    Gangguan pertama ialah telefon. Menjahit sambil melayan telefon pintar anda untuk muat naik status atau melayan fb adalah salah satu punca anda tidak fokus. Anda perlu tegas. Mahu bersosial atau menjahit.

    Menjahit sambil menonton televisyen juga adalah kesalahan yang sering dilakukan. Nak nak kalau drama kegemaran anda sedang ke udara. Apa kata anda tonton dahulu. Dah habis, baru anda menjahit pula. Lain lah kalau mata anda ada super power. Boleh fokus pada tv dan mesin pada waktu yang sama.

    Tapi sekiranya anda nak dengar radio atau iPod, boleh juga. Stress juga tak ada hiburan. Mendengar lagu tidak menggangu kosentrasi anda. Malah digalakkan supaya anda tidak berasa menjahit sesuatu yang lama dan membosankan.

    7. Sediakan semua barang yg diperlukan

    Sebelum anda mula menjahit, pastikan semua barang yang diperlukan ada. Contohnya, warna benang yang sama, butang, zip dan sebagainya. Kalau tak cukup barang-barang tersebut, kan dah hilang mood menjahit.

    Pastikan juga alatan menjahit seperti gunting, kapur, pembaris, pita ukur dan sebagainya ada. Kalau bersepah-sepah, sukar untuk anda mencari dan anda akan bazirkan masa pula menyelongkar bilik jahit anda.

    Tips: Beli satu bakul khas dan masukkan barang keperluan jahitan untuk baju tersebut. Contohnya anda nak jahit baju kurung, masukkan pola, kain, benang, span dan lain lain. Labelkan mengikut nama pelanggan.

    8. Check mesin jahit

    Perkara paling penting dalam aktiviti menjahit ialah mesin jahit itu sendiri. Pastikan jarum dan mesin dalam keadaan yang baik. Jarum hendaklah ditukar setiap anggaran 100 jam. Jarum yang tumpul akan membuatkan jahitan anda tidak kemas dan berkemungkinan jahitannya melompat-lompat.

    Servis mesin jahit anda setiap 6 bulan. Ini untuk memastikan mesin anda gagah untuk digunakan. Mesin yang tidak di servis boleh menggangu kelancaran anda menjahit.


    Kesimpulannya, kesemua point diatas adalah tips bagaimana anda boleh mempercepatkan anda menjahit dan menghasilkan baju dengan lebih pantas. Tapi terpulang kepada anda sendiri. Kerja yang bertangguh sememangnya tidak akan menjadi.
Share this post

There are no comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Start typing and press Enter to search

Shopping Cart

No products in the cart.